Mengapa Kita Menolak Liberalisme


oleh: Dr. Khalif Muammar

Liberalisme umpama arak, yang meskipun ada manfaatnya tetapi lebih banyak mudaratnya, ia memang tampak menarik pada luarannya, namun sebenarnya amat berbahaya dan merupakan racun bagi kehidupan beragama.

Dalam menilai liberalisme kita hendaklah memahami faham ini secara keseluruhan dengan mendalam dan tidak hanya melihat aspek positifnya sahaja seperti yang dilakukan oleh kelompok liberal dari kalangan orang Islam. Tindakan mereka menitikberatkan perkara yang positif sahaja tanpa melihat kesan keseluruhan terutama perkara2 yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah tindakan yang yang dangkal dan menutup sebelah mata, kerana perkara2 ini sememangnya memberi kesan yang besar kepada cara berfikir dan cara hidup seorang Muslim.

Kita tidak menafikan adanya aspek-aspek positif dalam liberalisme, seperti kebebasan mengamalkan agama, nilai2 dan budaya masing2, kedaulatan undang-undang, konstitutionalisme dan lain-lain, namun perkara-perkara ini bukanlah produk mutlak peradaban Barat yang tiada dalam peradaban Islam.

Hanya orang yang jahil tentang sejarah Islam dan peradaban Islam yang menganggap kebebasan beragama, kedaulatan undang2 dan konstitusionalisme merupakan sumbangan murni peradaban Barat. Mereka tidak sedar bahawa sebelum John Locke, Hume, Bentham, J.S. Mill berbicara tentang semua itu al-Mawardi, al-Ghazali, dan Ibn Khaldun telah lama berbicara tentang idea2, kontrak sosial, limited government, dan kedaulatan undang-undang, bahkan idea2 ini telah lama dilaksanakan oleh pemimpin2 Islam. Bahkan ketika berbicara tentang toleransi beragama John Locke (1704) telah menjadikan amalan kaum Muslimin sebagai contoh yang perlu diikuti oleh masyarakat Barat yang sering berperang sesama sendiri (lihat karya beliau A Letter Concerning Toleration).

Berikut adalah beberapa alasan yang penting mengapa orang Islam yang sejati menolak liberalisme?

1. Golongan liberal menerima sekularisme, suatu faham yang memisahkan agama daripada kehidupan publik, yang menyempitkan agama pada perkara ritual dan spiritual semata, yang menghadkan peranan agama hanya di rumah2 ibadat dan ruang lingkup peribadi. Sehingga agama dapat berperanan sebagaimana semestinya.
John Locke dalam bukunya A Letter Concerning Toleration mengatakan bahawa: “The whole power of civil government is concerned only with men’s civil goods…civil government is confined to the care of things in this world, and has nothing to do with the world to come”. (Oxford: Clarendon Press, 1968), 71.
Hal ini disokong oleh tokoh2 liberal dan neo-modenis di kalangan orang Islam seperti Fazlur Rahman, Nurcholish Madjid, Abdullahi an-Naim, Ulil Absar Abdallah. Kerana itu golongan ini akan memperjuangkan negara sekular, yang menghadkan peranan agama dalam ruang lingkup peribadi sahaja dan agama tidak boleh di bawa dalam ruang publik.

2. Rasionalisme murni. Golongan liberal sentiasa mendahulukan akal rasional dalam setiap perkara. Meskipun Islam meraikan akal fikiran dan menempatkannya pada tempat yang sepatutnya namun seorang Muslim tidak boleh mendahulukan akal daripada nas al-Qur’an dan Sunnah. Seorang muslim akan sentiasa tunduk dan patuh terhadap perintah Allah dan Rasul tidak mentafsirkannya mengikut akal sendiri, agar bersesuaian dengan kehendak hawa nafsu. Kerana itu terdapat tulisan tokoh-tokoh liberal yang menghalalkan homoseksual, kahwin sesama jenis, minum arak, kesetaraan gender, pornografi dsb.

3. Pluralisme agama. Golongan liberal berpegang kepada teologi inklusif di mana bukan Islam sahaja yang benar tetapi semua agama juga benar kerana semua itu adalah jalan-jalan menuju Tuhan yang sama. Tokoh2 seperti Seyyed Husain Nasr dan Nurcholish Madjid mengatakan bahawa agama2 ini ibarat jejari roda yang banyak tetapi semuanya bermuara pada pusat yang sama, ataupun bagaikan cerun2 gunung yang menuju kepada puncak yang sama. Mereka dengan demikian telah mengetepikan prinsip Tawhid dan menolak ayat2 al-Qur’an yang menegaskan kebenaran mutlak agama Islam serta kesepakatan umat Islam sejak awal hingga kini bahawa hanya agama Islam sahaja agama yang diterima di sisi Allah SWT.

4. Demokrasi liberal. Golongan liberal meletakkan sepenuh keyakianan terhadap sistem politik Barat dan menganggapnya sebagai sistem yang terbaik dan tidak mungkin ada yang lebih baik daripadanya. Mereka menolak sistem politik Islam dan menganggapnya sebagai sistem yang tekoratik, absolutis dan kerananya ketinggalan zaman. Mereka sebenarnya amat jahil tentang pemikiran dan sistem politik Islam, bahkan peradaban Islam pada umumnya. Jika mereka mengetahui pun pengetahuan mereka itu berdasarkan kepada salah faham dan kekeliruan yang disebarkan oleh para orientalis.

5. Mempromosikan nilai-nilai liberal seperti gaya hidup bebas, menolak segala bentuk undang-undang moral … Untuk penjelasan lanjut dan jawapan Islam terhadap kekeliruan golongan liberal ini sila baca buku penulis bertajuk Atas Nama Kebenaran (2006 & 2009).

Jika golongan liberal tidak lagi peduli tentang agama dan kesan negatif liberalisme kepada pemikiran dan Aqidah masyarakat Muslim, ketahuilah bahawa ramai di luar sana yang masih peduli dan mengambil berat tentang Islam di negara ini, dan tidak mahu agama ini dirosakkan atau ingin memelihara pemikiran anak bangsa daripada dikelirukan atau diselewengkan.

Posted from WordPress for Windows Phone

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s